11 September 2012

On 23:46 by Blog Guru Sekolah Rendah in    2 comments
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

10 September 2012

On 01:39 by Blog Guru Sekolah Rendah in    18 comments
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru.  JOMMMM ….  layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…

A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
     kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… 
     biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
     untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
     balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah  tu cakap,
     Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu  lewat petang baru balik.
     Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang.  Masa datang ambik
     anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
     tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
     sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia  kat skolah
     jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
     pon tak ikut program tu… tak  larat katanya  nak ikut program kat skolah
     tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu
     peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan
     untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
     tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
     masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang
     dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….
     Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah…  Lagipun….
     Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu
     berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
     hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
     lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…
     yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik
     angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.
     Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.
     Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
     cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
     anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
     pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
     dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan…  Fuhhh…. Untung
     aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu…  aku kan
     selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya
     engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa
     mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
     Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
     menghargai dan menghormati jasa guru-guru.





   

19 April 2012

On 05:28 by Blog Guru Sekolah Rendah   No comments
Ramai yang mungking mengalami masalah folder tiba2 menjadi empty disebabkan virus. Folder anda bertukar menjadi SHORTCUT kan....



 Jadi.... macam mana nak tangani ni masalah ni...? Dahla banyak dokument penting dalam tue.... JANGAN BIMBANG.....! kami sedia berkongsi ilmu...


  1. Download dlu file ni.
  2. Lepas tu extract file tersebut.
  3. Copy file 'ShortcutVirusRemover.bat', kemudian paste kat dalam pendrive anda yang terkena virus tersebut.
  4. Klik pada file "ShortcutVirusRemover.bat" yang anda paste tadi dan tunggu sehingga scanning selesai.
  5. Kemudian, refresh semula pendrive anda.


Selesai......


p/s : Kami cadangkan supaya jangan buang file "ShortcutVirusRemover.bat" tersebut. Biarkan ianya sentiasa berada dalam pendrive anda.