10 September 2012
On 01:39 by Blog Guru Sekolah Rendah in Perihal Guru 18 comments
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu
atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu
siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la
yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak
yang bertungkus lumus…
biasanya buat
kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
untuk anak-anak
muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak
aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun
sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,
Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.
Ada aktiviti pulak
kat sekolah pada belah petang. Masa
datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
sbb kena
tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku
tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok
dia kat skolah
jugak… ada je program kat
skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah
tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah..
cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena
jaga anak cikgu
peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas
tambahan
untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita
ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak
ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
tu dah macam anak dia dah…
kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang
dapat Cemerlang
dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti
tu….
Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah…
Lagipun….
Anak aku kan ramai, 4 orang…
Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu
Peah tu
berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat
layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik,
habis tu…
yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat
sangat naik
angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu
cubit anak dia.
Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia
nakal.
Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
cikgu.
nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
anak jadi baik, baru
cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
pon sama je…..
A : Susah jugak ehh
jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
dah boleh rileks.. kat
tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh….
Untung
aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang
ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu…
aku kan
selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah
sorang-sorang.. rupanya
engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu
ni… tanpa
mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
Berjaya
seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
menghargai dan
menghormati jasa guru-guru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Labels
- Download (6)
- Isu Pendidikan (3)
- Isu Semasa (19)
- KSSR (3)
- PBS (2)
- Perihal Guru (2)
Aplikasi Online
Popular Posts
-
Koleksi Lagu Kanak-kanak 1. Kiri Dan Kanan 2. Makan Roti 3. Saya Suka Hati 4. Saya Melawat 5. Sayang Ayah Ibu 6. Sayang Keluarga 7. Serang...
-
Ramai yang suka berkenaan penyataan KJ. Mungkin ini adalah pandangan beliau tentang masalah yang dihadapi oleh kebanyakan graduan pada masa ...
-
TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurus...
-
PUTRAJAYA 14 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan ...
-
KUBANG PASU 14 Feb. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI) mengikuti program latihan di luar n...
-
Tahun 1 Bahasa Inggeris / English INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI-BI Instrumen BI instrumen SJK PBS BI TAHUN 1 In...
-
Akan dikemaskini
-
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong....
-
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (tahun 1, 2 dan 3) di...
-
Laman pendidikan maya percuma 09 Feb 2012, 10:58 AM | Sains dan Teknologi PAPARAN muka depan laman pendidikan gnowledge.com yang menye...
Blog Archive
PENAFIAN
Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
PERKONGSIAN
Anda mempunyai idea / isu / bahan / maklumat / cerita untuk dikongsi bersama, sila PM kami di
FB : Kami Guru Sekolah Rendah
FB : Kami Guru Sekolah Rendah
Powered by Blogger.
Boleh buat drama tv ni....hehe...terbaeek laaah :-)
ReplyDeleteterima kasih ckgu ats sgala pgrbanan yg dilakukan...bukan semudah ABC untk jd seorang guru...cekalnya..tabahnya mengajar..mendidik anak bangsa...great...
ReplyDeletebest...;) sy sayang guru saya
ReplyDeletesuka saya membacanya. setiap pekerjaan ada susah senangnya.
ReplyDelete:)
dill.
Saya suka ini.
ReplyDeleteMakan dalam siapa yang terasa :-)
saya memahami sedikit pengorbanan guru..sbb saya berpeluang jadik guru ganti..percayalah..bkn mudah jadik guru..hargai lah mereka..
ReplyDeletemmg mudah mengajar tp amat payah mendidik...terima kasih ckgu
ReplyDeletetak semua cikgu mcm cikgu peah tu....sikit je...
ReplyDeleteApa pun... Setiap pekerjaan ada cabarannya yang tak tersendiri....
ReplyDeleteTidak dilupakan, terima kasih kepada seorang insan bergeLAR CIKGU.... Tanpa anda siapakah kami di saat ini...
Setujuuuuuuuuuuu
ReplyDeletemasih jugak x puas hati, berapa ramai guru kat malaysia ni, berapa sangatlah bilangan guru yg bukan macam cg peah tu pun berbanding dengan jumlah guru kat malaysia ni.Saya punya ramai kawan yg menjadi guru tahun 6 ,semua guru tersebut mmg macam cg peah ni
ReplyDeleteBersiap sedialah Cikgu2 dengan 11 pelan ppm bru ni
ReplyDeletetpi yg sedihnya, guru-guru di malaysia ni selalu dan senang sangat diperlekehkan...
ReplyDeleteayuh guru2 generasi baru, tingkatkan martabat profesion guru...
ReplyDeleteAssalamualaikum... Terima Kasih & Tahniah kepada seluruh warga pendidik di atas segala jasa dan pengorbanan ( termasuk wang ringgit ) dalam mendidik anak bangsa. Percayalah bahawa profession perguruan adalah antara pfoession yang paling mulia dan terhormat.. TERIMA KKASIH & TAHNIAH!!!
ReplyDeleteI love my job ♥
ReplyDeleteNice.... tolonglahh.... bg sy..yg ambil bidang pendidikan nie.superb pandai lahh.. klu x percaya belek2 SPM dorg , STPM dorg , A level at least 6 A's n 3.5/ 4.0 ...bila dah masuk U active sana grab experiance katanya.... spatutnya dan selayaknya warga pendidik diberi penghormatanmalah lebih tinggi lg pon x pa...
ReplyDeleteSaya bangga jadi cikgu walaupun banyak karenah dan cabarannya....
ReplyDelete