13 September 2021
Sesi persekolah akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50 peratus murid secara penggiliran mingguan bagi pembelajaran bersemuka.
Kelas secara fizikal itu hanya melibatkan negeri di bawah Fasa 3 dan 4 manakala negeri di bawah Fasa 1 dan 2, sekolah kekal ditutup kecuali bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan tersebut dibuat bukan hanya melalui perbincangan dengan pihak kementerian, tetapi turut membabitkan ibu bapa, guru, pengetua sekolah dan pakar.
“Kita akan laksanakan penggiliran minggu dengan pembahagian murid dalam satu kelas kepada dua kumpulan. Maknanya, 100 peratus dipecahkan kepada dua kumpulan dan kita laksanakan untuk semua kelas.
“Ini bermaksud secara keseluruhan hanya 50 peratus daripada keseluruhan murid akan datang ke sekolah pada satu-satu masa.
“Menguruskan lima juta pelajar, 500,000 pendidik dan 10,000 sekolah bukan satu perkara mudah,” katanya pada sidang media mengenai pengoperasian sekolah pada Ahad.
Dalam pada itu, Radzi berkata, pihaknya mewajibkan pemakaian pelitup muka untuk sesi persekolahan yang akan dibuka nanti berbanding kelonggaran yang diberikan sebelum ini.
Menurutnya, bagi murid daripada keluarga latar belakang sosio ekonomi yang rendah dan miskin, pihak KPM akan berikhtihar untuk membekalkan keperluan tersebut bagi kegunaan di sekolah.
Artikel [sinarharian.com.my]
Search
Labels
- Download (6)
- Isu Pendidikan (3)
- Isu Semasa (19)
- KSSR (3)
- PBS (2)
- Perihal Guru (2)
Aplikasi Online
Popular Posts
-
Koleksi Lagu Kanak-kanak 1. Kiri Dan Kanan 2. Makan Roti 3. Saya Suka Hati 4. Saya Melawat 5. Sayang Ayah Ibu 6. Sayang Keluarga 7. Serang...
-
Sesi persekolah akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50...
-
Berikut adalah slide pembentangan Menteri Pendidikan berkenaan Pengoperasian Sekolah Klik Di sini
-
Kangar: Guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober...
-
Tahun 1 Bahasa Inggeris / English INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI-BI Instrumen BI instrumen SJK PBS BI TAHUN 1 In...
-
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong....
-
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (tahun 1, 2 dan 3) di...
-
Doa ini sebagai usaha kita untuk melembutkan hati seseorang... Sebagai ibu bapa kepada murid-murid di sekolah, kita boleh amalkannya untuk m...
-
Tahun 1 - akan dikemaskini nanti- Tahun 2 Borang Pentaksiran BC Tahun 2 (contoh) borang pentaksiran BC Tahun 2 Borang Penta...
-
Mesti ramai (kaki tangan mulut telinga mata) awam yang menantikan saat tunggakan Gaji April ini kan... Apa pon jom kita tgk dlu jadual kenai...
PENAFIAN
PERKONGSIAN
FB : Kami Guru Sekolah Rendah

0 comments:
Post a Comment