26 January 2019

On 00:16 by Blog Guru Sekolah Rendah   No comments
 


Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2019,
bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (tahun 1, 2 dan 3) di semua
sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau
berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi penekanan kepada
peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan.

Ini bermakna mulai tahun depan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun dijalankan bagi murid Tahap Satu di mana guru akan lebih
memberi tumpuan mengajar dari aspek membina kemahiran karektor dan
sahsiah murid dan membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk
peperiksaan malah akan mewujudkan budaya belajar yang lebih seronok dan
bermakna.