Showing posts with label Isu Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Isu Pendidikan. Show all posts

03 September 2021

On 20:19 by Blog Guru Sekolah Rendah in    No comments

Kangar: Guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ketika ini, terdapat 2,500 guru di negera ini enggan divaksinkan, dan pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

"Apabila sekolah dibuka kelak, guru yang tidak divaksinkan ini tidak boleh mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar.

"Namun, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru yang tidak divaksin ini dan dalam masa sama, kita sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan tindakan yang boleh diambil kepada guru yang masih belum divaksinkan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan Bersama Guru Sekolah Rendah Negeri Perlis di sebuah hotel, di sini hari ini.

Katanya, tindakan yang diambil itu mengambil kira keadaan semasa terutama menjelang pembukaan sekolah kelak.

"Jumlah ini tidak ramai dan hanyalah segelintir daripada lebih 400,000 guru di negara ini jadi kita hendak jaga anak kita di sekolah supaya ibu bapa yakin persekitaran di sekolah itu selamat untuk anak kita.

"Ada guru yang tidak dapat divaksin ini atas masalah kesihatan, namun ada juga guru yang memberi alasan seperti tidak yakin akan keberkesanan vaksin ini menyebabkan mereka menolak untuk menerima vaksin ini serta pelbagai alasan lagi.

"Segala alasan yang diberikan ini akan diteliti satu persatu dan kita minta supaya pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pusat Pendidikan Daerah (PPD) bertemu dan memberi penjelasan mengenai keperluan vaksin ini.

"Ini kerana kita mahu pastikan ekosistem keseluruhan sekolah ini adalah selamat untuk anak kita," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 85.26 peratus guru di negara ini sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, sementara sebanyak 96.7 peratus sudah menerima satu dos vaksin.

"Kakitangan sokongan di sekolah termasuk pekerja kantin, kebersihan dan keselamatan juga perlu divaksinkan, malah kita sudah mengeluarkan makluman bahawa mereka yang berada di kawasan sekolah ini mesti divaksin.

"Terdapat 73.71 peratus kakitangan perkhidmatan sokongan yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin manakala 89.35 peratus lagi menerima satu dos suntikan vaksin," katanya.

Radzi berkata, sesi pengajaran ketika pembukaan sekolah pada 3 Oktober hadapan akan diputuskan kelak berdasarkan situasi negeri mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Malah, terdapat perbezaan dari sudut pendekatan pengajaran yang dijalankan mengikut negeri pada fasa PPN ini.

"Segala mekanisma pengajaran ini akan dimaklumkan kelak sebelum bermulanya sesi pembukaan sekolah nanti," katanya.

Sementara itu, Perlis menjadi negeri pertama jelajah Sesi Libat Urus Guru dengan Menteri Kanan Pendidikan yang akan diikuti negeri lain selepas ini.


Disiarkan pada: September 3, 2021 @ 5:52pm

MyMetro




11 September 2012

On 23:46 by Blog Guru Sekolah Rendah in    2 comments
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

18 February 2012

On 23:43 by Blog Guru Sekolah Rendah in    1 comment
GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.
Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.
Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA