28 March 2012
On 10:30 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
Mesti ramai (kaki tangan mulut telinga mata) awam yang menantikan saat tunggakan Gaji April ini kan... Apa pon jom kita tgk dlu jadual kenaikan u all semua.. 'check it out' ...
- Ini contoh pengiraan gaji pada Disember 2011 (sebelum kenaikan)
P/S : Sebelum pekeliling tentang pelarasan gaji dikeluarkan, jadual ini sebagai maklumat awal...
Gred Gaji 41
Gred 44 - 54
Pengiraan kenaikan 13%
- Ini contoh pengiraan gaji pada Disember 2011 (sebelum kenaikan)
P/S : Sebelum pekeliling tentang pelarasan gaji dikeluarkan, jadual ini sebagai maklumat awal...
25 March 2012
On 10:55 by Blog Guru Sekolah Rendah No comments
Salam untuk semua...
Setelah keputusan SPM diumumkan, pasti ramai ibu bapa dan pelajar sendiri telah pening dan 'excited' untuk mengisi borang masuk universiti nanti. Tidak ketinggalan juga kepada mereka yang berminat untuk menjadi warga pendidik.

Di sini saya akan sertakan link untuk permohonan
Cepat....!! Jommm jd Cikgu...
08 March 2012
On 14:09 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di
Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
- Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
- Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan.
- Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
- Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
- Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
- Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
- Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN
02 March 2012
On 07:14 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim
Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April,
tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
“Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal
April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai,
Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu
hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat
awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu,
semalam.
Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata,
semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana
membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.
Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.
“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.
Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.
Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.
Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.
Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.
Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat.
“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.
Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan.
Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia.
Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.
Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
23 February 2012
On 23:21 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan
awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini. Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam,”
katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
Omar berkata, CUEPACS sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.
Omar berkata, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan
- BERNAMA

21 February 2012
On 10:08 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa 1 comment
CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.
“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. - KOSMO
18 February 2012
On 23:43 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Pendidikan 1 comment
GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring
perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang
berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.
Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini.
Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA

On 19:36 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik
sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.
"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun,
keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini sudah kita bawakan
kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat
wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri
majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang
Empat, di sini, hari ini.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA
16 February 2012
On 23:33 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
Kini terdapat satu lagi sistem baru dalam talian, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah untuk mengemaskini profil murid seperti Sistem Maklumat Murid (SMM). Aplikasi ini akan menggantikan SMM tidak lama lagi. Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) akan menjadi pangkalan data utama yang menghubungkan semua sistem lain yang diperkenalkan baru-baru ini seperti yang SAPS, SPPBS dan lain-lain.
Pentadbir sekolah (sepatutnya menjadi HM atau PK) akan mendaftar semua kelas dan guru-guru kelas dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid. Selepas itu, guru kelas akan mengemaskini profil murid-murid mereka. Guru akan login sistem APDM dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang diberikan oleh pentadbir.
Betul atau tidak saya menjangkakan masih ramai guru yang belum sedar sistem baru ini. Walaubagaimanapun, tempoh masa yang diperuntukkan adalah sehingga 24 Februari 2012.
Sila klik untuk ke Aplikasi Pengkalan Data Murid
On 00:45 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Labels
- Download (6)
- Isu Pendidikan (3)
- Isu Semasa (19)
- KSSR (3)
- PBS (2)
- Perihal Guru (2)
Aplikasi Online
Popular Posts
-
Koleksi Lagu Kanak-kanak 1. Kiri Dan Kanan 2. Makan Roti 3. Saya Suka Hati 4. Saya Melawat 5. Sayang Ayah Ibu 6. Sayang Keluarga 7. Serang...
-
Tahun 1 Bahasa Inggeris / English INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI-BI Instrumen BI instrumen SJK PBS BI TAHUN 1 In...
-
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong....
-
Sesi persekolah akan dibuka semula secara berperingkat mengikut Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan dengan kapasiti 50...
-
Berikut adalah slide pembentangan Menteri Pendidikan berkenaan Pengoperasian Sekolah Klik Di sini
-
Kangar: Guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober...
-
Tahun 1 - akan dikemaskini nanti- Tahun 2 Borang Pentaksiran BC Tahun 2 (contoh) borang pentaksiran BC Tahun 2 Borang Penta...
-
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (tahun 1, 2 dan 3) di...
-
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: Menyediakan kesamarataan akses kepada pe...
-
Perkara Pautan TrEMS Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) APDM ...
PENAFIAN
Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
PERKONGSIAN
Anda mempunyai idea / isu / bahan / maklumat / cerita untuk dikongsi bersama, sila PM kami di
FB : Kami Guru Sekolah Rendah
FB : Kami Guru Sekolah Rendah
Powered by Blogger.