14 February 2012

On 07:56 by Blog Guru Sekolah Rendah in    1 comment
Keadaan guru di sebuah sekolah mengalami tekanan emosi akibat pihak sekolah yang terlalu mengejar status Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut laporan dalam sebuah akhbar, keluhan ini dari golongan guru yang tidak berpuas hati dengan sikap pihak pengurusan sekolah yang dikatakan terlalu mengejar NKRA. Akibatnya guru-guru dan murid yang menjadi mangsa keadaan. Mana tidaknya jika guru terpaksa pulang lewat ke sekolah dan hak peribadi guru juga dicabuli. Sebagai seorang pendidik kini juga terpaksa menjadi seorang pengasuh kepada anak-anak murid sehingga lewat petang. Adakah keluarga guru tersebut mendapat perhatian? Tentunya keluarga guru itu sendiri akan terabai seperti anak ayam kehilangan ibu.

Selain itu juga, ramai guru yang merungut akibat ruang yang tidak mencukupi untuk menyimpan bahan-bahan untuk murid dimana kereta peribadi guru dijadikan sebagai Setor simpanan. Jika keadaan sebegini agak tidak selesa bagi guru. Pihak kerajaan seharusnya mengambil aduan guru dengan lebih serius dan membuat kajian mendalam tentang sesuatu dasar. Sebagai pendidik mereka akan cuba memastikan pelajar mereka berjaya kerana sifat prihati dan mulia guru itu memang sentiasa wujud dalam setiap darah pendidik. TETAPI, jika ianya di luar batasan kemampuan dan ditambah dengan tekanan yang semakin banyak semua hasrat dan usaha guru akan gagal. Kita perlu ingat... kemampuan manusia itu ada batasnya.

Apa pandangan anda.........? bersama-samalah kita berkongsi pengalaman...

1 comment:

  1. terjadi untuk mengisi masa sehingga ibu bapa habis waktu bekerja sebenarnya. kononnya mencari pendapatan yg lebih demi menyara skolah ank2 tp sebaliknya digunakan utk bercuti, shopping n etc. menunjukkan betapa lokeknya mereka yg tidak mahu menghantar ank2 mereka ke kelas2 tuition yg jauh lebih mahal kosnya. pada tahun 80an, kehidupan pelajar skolah rendah lebih mudah tp tlh menghasilkan ramai rakyat yg berkebolehan dan nama negara juga tlh gah dikenali serata dunia.. namun manusia tidak akn pernah puas dan bersyukur. dan kini menjadikan skolah sbgai alasan utk mereka melepaskan tgn dlm mendidik ank2 mereka sdri. jika ada yg slh, lebih mudah utk mereka menuding jari & lps tgn dgn tggungjwb sdri..

    ReplyDelete