11 February 2012

On 00:55 by Blog Guru Sekolah Rendah in    No comments
Sejak kebelakangan ini Gejala Sosial melibatkan murid & pelajar sekolah makin meningkat. Statistik yang dibentangkan amat menakutkan kita sebagai guru. Mana tidaknya, apabila 'status' murid & pelajar digunakan, maka guru-guru yang dipersalahkan. Adakah gejala ini berlaku di hadapan guru? Adakah guru yang membenarkannya? Adakah guru tidak mendidik mereka? Ataupun guru hanya menutup sebelah mata sahaja?.. Perlu diingat bahawa gejala sosial biasanya berlaku di luar kawasan sekolah. Jadi, sukar bagi guru untuk mengawal tindak-tanduk anak didik mereka yang bebas di luar sana.

Jadi, disinilah pentingnya didikan agama dan peranan ibu bapa. Di sekolah guru-guru merupakan ibu bapa kepada anak-anak. Tetapi di rumah keluarga adalah ibu bapa mereka. Tugas guru adalah untuk mendidik anak didik mereka supaya berjaya di dunia dan di akhirat.  


ingatlah pesan guru untuk anak-anak sekalian.....

Bermula dengan sekadar mengorat,
Bila dah suka hubungan makin rapat,
Lalu bertemu di satu tempat,
Pesan mak ayah mula dah tak ingat,
Pakaian pula adooii punyala ketat,
Maka tangan pun mula la melarat,
Lawan peluk tak kurang hebat,
Bila peluk sama rapat,
Perlakuan pun semakin cepat,
... Nafas pun tersekat-sekat,
Lekatlah cop (kiss bite) merata tempat,
Lupa Allah lupa Malaikat,
Iblis gembira melompat-lompat,
Hasutan iblis semakin kuat,
Yang baik menjadi jahat,
Maka lahirlah anak tak cukup sifat,
Takut dihina oleh masyarakat,
Lalu dibuang merata tempat,
ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM
Bukan nak kata ataupun mengumpat,
Ingatlah ia sebagai nasihat,
Sebelum terjadi harus beringat,
Wahai adik-adik sebelum terlambat,
Yang ada niat minta la taubat,
Semoga anda tidak tersesat,
Al-quran & hadis sebagai penyelamat,
Agama ISLAM memang terhebat,
Minta diamal sampai melekat,
INSYAALLAH selamat dunia akhirat..... amin...

0 comments:

Post a Comment