11 February 2012
On 12:27 by Blog Guru Sekolah Rendah in Isu Semasa No comments
Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini.
Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.
Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu.
Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.
Dalam kejadian 30 Januari lalu, dua bayi, Tamil Selvan, sembilan bulan dan Varagaran Murugan, dua bulan, mati mendadak selepas diserang demam dan cirit-birit berulang.
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan.
Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang.
Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.
“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. “Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.
Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan.
Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Labels
- Download (6)
- Isu Pendidikan (3)
- Isu Semasa (19)
- KSSR (3)
- PBS (2)
- Perihal Guru (2)
Aplikasi Online
Popular Posts
-
Koleksi Lagu Kanak-kanak 1. Kiri Dan Kanan 2. Makan Roti 3. Saya Suka Hati 4. Saya Melawat 5. Sayang Ayah Ibu 6. Sayang Keluarga 7. Serang...
-
Ramai yang suka berkenaan penyataan KJ. Mungkin ini adalah pandangan beliau tentang masalah yang dihadapi oleh kebanyakan graduan pada masa ...
-
TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurus...
-
PUTRAJAYA 14 Feb. - Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis hasil kajian penambahbaikan bagi Skim Baru Perkhidmatan ...
-
KUBANG PASU 14 Feb. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI) mengikuti program latihan di luar n...
-
Tahun 1 Bahasa Inggeris / English INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI-BI Instrumen BI instrumen SJK PBS BI TAHUN 1 In...
-
Akan dikemaskini
-
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong....
-
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (tahun 1, 2 dan 3) di...
-
Laman pendidikan maya percuma 09 Feb 2012, 10:58 AM | Sains dan Teknologi PAPARAN muka depan laman pendidikan gnowledge.com yang menye...
Blog Archive
-
▼
2012
(39)
-
▼
February
(32)
- SBPA & SSM akan adil - Kata PM
- kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari - CUEPACS
- Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM
- Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muh...
- Peringatan untuk guru-guru : Aplikasi Pengkalan Da...
- PPSMI : 10 000 Ibu Bapa Sertai Perhimpunan
- 15 000 Guru Lepasan Ijazah Belum Naik Gred DG41
- Guru Bahasa Inggeris bakal ke Luar Negara
- SBPA selesai sebelum 3 bulan - CUEPACS
- Sekolah mengejar status, Guru dan murid merana..
- Melembutkan hati si dia....
- Kisah Budak Penjual Kuih
- Laman pendidikan maya percuma
- Koleksi VCD Inovasi KBSR
- Koleksi Soalan
- Koleksi Lagu kanak-kanak
- Wabak Serang Bayi, Kita perlu berhati-hati
- Bukan Senang Menjadi Seorang Guru
- e-learning : Pembelajaran Secara Maya
- Fail PBS KSSR
- Jadual Gaji Baru SBPA
- Guru Sains dan Matematik Berlebihan...?
- Gejala Sosial Pelajar Makin Parah
- Perisian Percuma
- Muat Turun Borang
- Aplikasi Atas Talian ( KPM )
- Borang Pentaksiran
- RPT / Lesson Plan
- Instrumen Pentaksiran Standard Prestasi
- Bahan Sokongan KSSR
- Dokument Standard Kurikulum
- Salam Perkenalan
-
▼
February
(32)
PENAFIAN
Kami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari blog ini.
PERKONGSIAN
Anda mempunyai idea / isu / bahan / maklumat / cerita untuk dikongsi bersama, sila PM kami di
FB : Kami Guru Sekolah Rendah
FB : Kami Guru Sekolah Rendah
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment